CIKU
Buah ciku atau nama sainsnya Achras zapota L. merupan buah tropika. Ciku mempunyai rasa yang sedap dimakan halus teksturnya. Ia mempunyai mengandungi gula, vitamin A, vitamin B1 & B2, vitamin C dan mineral kalsium.
Ketinggian pokoknya boleh mencapai sehingga 25 meter. Kanopi pokok ciku berbentuk piramid apabila kecil dan bulat bila sudah matang.
Daun ciku tersusun daripada hujung ranting muda. Bentuk daunnya bujur berukuran 5-13 cm panjang dan 2.5 -6.5 meter lebar.
Manakala bunganya berwarna putih. Buah ciku bulat atau bujur berukuran 5-6 cm lebar. Kulit buah berwarna perang kotor dan bila buah cukup masak mempunyai kulit yang kurang menarik, mengeluarkan bau dan lembut bila dipicit.
Friday, 5 April 2019
Thursday, 4 April 2019
PROSES IKAN PEKASAM
PROSES IKAN PEKASAM
Ikan merupakan komoditi pertanian yang cepat rosak dalam keadaan segar. Bagi memastikan hasilan komoditi ini lebih tahan lama proses penambahbaikan untuk mengawetkannya perlu dilakukan. Antara proses yang murah dan mudah iaitu proses pekasam. Proses ini adalah proses penapaian ikan dengan tambahan karbohidrat. Dimana, dalam proses pemeraman boleh dicampurkan dengan perencah dan ramuan yang dikehendaki. Bahan asas yang biasa digunakan iaitu garam, asam jawa @ asam keping dan beras goreng.
Kebiasaannya ikan air tawar merupakan ikan yang banyak digunakan. antara ikan yang dijadikan ikan pekasan iaitu ikan sepat, puyu, loma, lampam, mata merah,terbul,tempras,mengkawan, kepar, kaloi, belida dan talapia. Ada juga ikan air payau digunakan seperti ikan gelama dan ikan cencaru.
BAGAIMANA PROSES MEMBUAT IKAN PEKASAM?
Untuk membuat ikan pekasam pada mulanya anda perlu dapatkan ikan bersaiz sekurang-kurangnya 100g/ ekor. Seterusnya buangkan sisik dan isi perut ikan seterusnya cuci dengan air bersih dan toskan. Sebelum proses seterusnya sediakan bahan terlebih dahulu, bahan-bahannya iaitu asam keping, gula merah, beras goreng, ramuan yang anda kehendaki dan gaulkan sehingga sempurna. Pastikan air garam yang diberikan tidak kurang 30 % dan seterusnya simpan dalam bekas. Proses pemeraman diantara 2-3 minggu.
Bagi memastikan ikan pekasam sedap, pastikan kandungan dan seimbang kandungan bahan yang disediakan mengikut peratusan yang dicadangkan. kadaran ikan dengan bahan adalah kandungan garam 30%, Asam keping 0.5%, gula merah 1.5% dan beras goreng 25%.
Selamat mencuba..

Buah Kuini
Buah Kuini
Buah kuini atau nama sainsnya Mangifera feotida. Ia mempunyai serabut, manis isinya dan mengeluarkan bau yang kuat. Biasanya buah kuini dimakan terus atau dibuat sambal. Buah kuini berbentuk bujur 8-12 cm dan lebarnya 7-9 cm. Kulitnya tebal dan berwarna hijau tua.
Ia berasal dari Semenanjung Malaysia. Pokoknya boleh mencapai setinggi 20 meter dan mempunyai kanopi yang sederhana.
Daunnya berukuran 12-25 cm panjang dan 4-10 cm lebar. Bentuk daunnya bujur, dimana hujung daun tirus dan tepinya beralun.
Jambak bunganya jenis panikel yang berukuran sehingga 20 cm panjang berwarna merah. Bunga berukuran 0.5 cm berwarna merah jambu dan berbau harum.

Wednesday, 3 April 2019
MANGGA
MANGGA
Buah mangga atau nama sainsnya Mangifera indica L. Berasal dari India. Ia dalam keluarga Anacardiaceae. Keluarga yang sama iaitu bacang, kuini dan binjai.
Pokok mangga yang ditanam menggunakan biji boleh meninggi sehingga 20 meter. Manakala pokok yang dicantum seperti chokanan, nam dorkmai biasanya ketinggian pokok dianggarkan 3 - 6 meter. Pokok cantuman akan berbuah dalam masa 2-5 tahun selepas tanam.
Buah mangga berbeza-beza mengikut klon dan jenisnya. Antara klon mangga iaitu:
Harumanis - MA 128
Nam dorkmai -MA213
MAHA 65 - MA165
Lebai Mohamad - MA127
Golek - MA 162
Tok boon -MA123
Mangga epal - MA194
Malgoa - MA200
Nang klarng wun -MA125
Chokanan@melaka delight@masmadu -MA204
Sala

Tuesday, 2 April 2019
POKOK DURIAN DAN PENJAGAAN
POKOK DURIAN DAN PENJAGAAN
Pokok durian merupakan pokok saka. Oleh itu, kepadatan pokok penting bagi menjamin hasil hang dikeluarkan mengikut kadar maksimum yang sepatutnya. Kadar dirian pokok untuk sehektar kawasan dusun durian dipengaruhi oleh sistem yang digunakan antara jarak yang disyorkan iaitu 8m x 18m dan 9m x 16m dirian pokoknya 69 pokok per hektar, manakala jarak 10m x 10m dirian pokoknya 115 pokok.
Dengan jumlah dirian pokok yang telah diketahui jumlah atau kadaran baja yang di beri juga penting bagi menjamin kesuburan dan hasil dapat mencapai yang optimum. Kebiasaan untuk setahun baja yang diberikan iaitu baja fosfat, GML, Organik dan baja kimia(9 pusingan)

Buah durian "Raja Buah"
Buah durian "Raja Buah"
Buah durian dikenali juga raja buah. Struktur fizikal kulitnya berduri tajam, berbau kuat dan rasanya yang enak serta manis.
Durian atau nama sainsnya iaitu Durio zibethinus Merr. merupakan buah yang berasal dari kepulauan Borneo dan sekarang telah tersebar luas di negara Asia.
Buah durian sedap dimakan segar atau ada juga yang menggemarinya setelah dimasak contohnya dibuat bubur kacang, lempok dan macam-macam lagi mengikut cita rasa. Buah durian mengandungi khiasat karbohidrat, protein, lemak, kalsium , vitamin A dan vitamin C.
Pokok durian meeupakan pokok saka dianggarkan ketinggiannya boleh mencapai 35-45 meter jika ditanam menggunakan biji. Manakala yang ditanam menggunakan kaedah tampang atau cantuman ketinggian boleh mencecah 10-15 meter tinggi. Kebanyakan pokok yang ditanam menggunakan biji akan mempunyai banir dipanggkalnya oleh itu ia lebih kukuh.
Pada asasnya daun durian berbentuk bujur 6-12 cm panjang dan lebarnya 2-4cm lebar.
Buah durian biasanya banyak bentuk. Tetapi biasanya ia akan berbentuk bujur atau bulat yang berukuran 18-20 cm garis pusatnya. Sifat buahnya berkulit tebal, berduri tajam dan warnanya hijau atau hijau kekuningan. Di Malaysia terdapat lebih 100 klon durian antaranya D2, D10, D24, D99, D123, D145, D168, D169.
TERIMA KASIH MEMBACA....

Monday, 1 April 2019
JENIS PISANG
JENIS PISANG
Pokok pisang mempunyai helaian daun dihujung batang palsu dengan susunan seludang yang teguh. Daun muda atau dipanggil pucuk akan bermula pada batang palsu iaitu di primodia umbisi pisang. Daun pisang yang tumbuh akan melebar dan melampai. Bila keadaan angin bertiup kencang daun pisang mudah koyak. Kebiasaannya daun pisang berukuran rentas 50cm lebar manakala panjang daunnya 2 meter. Sebelum pokok pisang mengeluarkan jantung bilangan daun dianggarkan sebanyak 40-70 helai. Diperingkat matang pokok pisang akan mempunyai 10-15 helai daun hijau. Kultivar atau jenis pisang boleh dilihat pada rupa bentuk pelepah daun dan helaian daun pada pokok pisang.
Pokok pisang yang matang akan mengeluarkan primodia jambak bunga berbentuk spika majmuk yang dihasilkan dari hujung batang palsu.Susunan bunga pisang berbentuk bertingkat diruas tandan. Dimana setiap kelompok bunga ditutupi oleh braktea besar berwarna kemerah tua kekadang berdebu. Tandan buah pisang akan mengeluarkan bunga betina dan dihujungnya pula bunga jantan.Apabila bunga mengorak terdapat serangga seperti rama-rama yang datang disebabkan bau yang sangat menarik. Pembentukan buah pisang adalah partenokarpa.
BUAH
Buah pisang terbentuk tanpa pendebungaan atau dikenali sebagai partenokarpa. Pembentukan buah akan terbentuk dalam tandan. Manakala tandan pisang mempunyai beberapa sisir buah pisang yang dikenali juga jejari pisang. Bentuk buah dan saiz buah pisang berbeza antara jenis atau kultivar pisang.
KULTIVAR PISANG
Pisang berangan
Pisang Berangan biasanya dimakan segar. kebiasaanya berat tandan pisang berangan iaitu 12-22 kg setandan. Manakala setiap tandannya mempunyai 8-12 sisir. Setiap sisir akan ada 12-20 jejari atau buah pisang. kebanyakannya jejari atau buah pisang berukuran 12-18 cm panjang dan bergaris pusat 2.5-3.5 cm. Saiz buahnya sederhana besar, berwarna kuning oren dan manis rasanya.
Pisang Mas
Berat tandannya kebiasaannya kurang 12 kg. Setiap tandan pisang mas dianggarkan mempunyai 5-9 sisir manakala setiap sisir akan mempunyai 14-18 jejari atau buah pisang. pisang ini dipanggil pisang mas kerana warnanya kuning keemasan sungguh menarik dan sangat manis rasanya.
Pisang Embun
Pisang embun biasanya dimakan segar. Dalam satu tandan pisang embun dianggarkan beratnya 20-40 kg, disetiap tandan mempunyai sisir diantara 10-25 sisir dan manakala disetiap mempunyai 14-25 jejari atau biji buah pisang. Ukuran jejari buah pisang embun dianggarkan 15-20 cm dan ukuran rentas atau garis pusat buah pisang diantara 3.5-40 cm. Buah pisang mempunyai kulit yang licin dan kekuningan apabila masak. Manakala rasanya manis dan akan mengelaurkan bau yang wangi.
Pisang nangka
Isi pisang berwarna krim putih berstruktur halus dan lembut. Manakala rasa buahnya agak masam sedikit. Buah pisang sesuai untuk dimasak seperti pisang goreng dan pengat pisang. Anggaran setandan beratnya 15- 25 kg dan mempunyai 6-8 sisir . Jejari atau buah pisang dianggarkan 15- 25 biji.
Pisang Cavendish
Kulit buah pisang agak tebal dan mudah ditanggalkan daripada jejari atau buah pisang. Kulit buah pisang berwarna kuning manakala isinya berwarna putih pekat, bertekstur halus dan lembut, berbau wangi dan manis rasanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)