Tuesday, 2 April 2019

Buah durian "Raja Buah"

Buah durian "Raja Buah"

Buah durian dikenali juga raja buah. Struktur fizikal kulitnya berduri tajam, berbau kuat dan rasanya yang enak serta manis.

Durian atau nama sainsnya iaitu Durio zibethinus Merr. merupakan buah yang berasal dari kepulauan Borneo dan sekarang telah tersebar luas di negara Asia.

Buah durian sedap dimakan segar atau ada juga yang menggemarinya setelah dimasak contohnya dibuat bubur kacang, lempok dan macam-macam lagi mengikut cita rasa. Buah durian mengandungi khiasat karbohidrat, protein, lemak, kalsium , vitamin A dan vitamin C.

Pokok durian meeupakan pokok saka dianggarkan ketinggiannya boleh mencapai 35-45 meter jika ditanam menggunakan biji. Manakala yang ditanam menggunakan kaedah tampang atau cantuman ketinggian  boleh mencecah 10-15 meter tinggi. Kebanyakan pokok yang ditanam menggunakan biji akan mempunyai banir dipanggkalnya oleh itu ia lebih kukuh.

Pada asasnya daun durian berbentuk bujur 6-12 cm panjang dan lebarnya 2-4cm lebar.

Buah durian biasanya banyak bentuk. Tetapi biasanya ia akan berbentuk bujur atau bulat yang berukuran 18-20 cm garis pusatnya. Sifat buahnya berkulit tebal, berduri tajam dan warnanya hijau atau hijau kekuningan. Di Malaysia terdapat lebih 100 klon durian antaranya D2, D10, D24, D99, D123, D145, D168, D169.

TERIMA KASIH MEMBACA....

No comments:

Post a Comment