Sunday, 31 March 2024

Lobak Putih

Lobak putih atau nama saintifiknya iaitu Raphanus sativus var. longipinnatus 

Thursday, 28 March 2024

TANAMAN PISANG ?



PENGENALAN
Pisang atau dipanggil banana dalam bahasa english. Ia juga dikenali sebagai Musa paradisiaca L dalam keluarga Musaceae. Pokok pisang biasanya mencapai ketinggian 3-4 meter. Dimana, batang pisang yang tertanam di dalam tanah dikenali sebagai umbisi. Daripada umbisi inilah terhasilnya anak -anak pisang yang baru tumbuh secara berumpun. Anak pisang atau tunas yang tumbuh boleh digunakan sebagai bahan tanaman. 

BAHAGIAN UMBISI
Secara asasnya di umbisi pokok pisang terdapat 3 bahagian iaitu Koorteks, akar dan pokok induk. Apabila pokok itu terbit kepermukaan tanah ia dipanggil sulur. Bahagian yang boleh dilihat dipermukaan tanah akan memperlihatkan batang palsu dikenali sebagai Pseudostem. Batang palsu ini boleh diperhatikan dengan susunan padat seludang daun. Saiz serta ketinggian batang palsu bergantung kepada jenis dan kultivar pisang.

AKAR
Sistem perakaran pokok pisang adalah akar serabut. Umbisi pokok pisang merupakan bahagian kortek yang akan menerbitkan akar serabut. Akar akan menjalar keluar ke bahagian zon perakaran sehingga 5 meter lebar dan 75 cm ke dalam tanah. kebiasaannya akar pokok pisang akan tertumpu pada 15 cm di permukaan bawah tanah dimana di zon ini merupakan akar pemakanan pokok pisang.

PEMBIAKAN
Pisang boleh ditanam secara kultur tisu dan melalui pembiakan tampang. Pembiakan secara tampang diambil melalui sulur. Bahan tampang atau dikenali sebagai sulur boleh diperolehi disekeliling pokok induk. Pokok pisang menghasilkan 2 jenis sulur iaitu sulur pedang dan sulur air. Sulur pedang adalah sulur yang terbentuk oleh tunas berasal daripada umbisi induk dan mengeluarkan  daun runcing dan menirus keatas. Ukuranya sulur pedang biasanya melebihi 50cm. Sulur air pula merupakan tunas bahagian umbisi induk. Sulur jenis ini akan mengeluarkan  daun yang lebar dan tiada perbezaan antara saiz pangkal dengan batang pseudo. Penanaman menggunakan sulur air amat tidak digalakkan kerana ia kurang cergas dan kurang subur.

JENIS PISANG
Di Malaysia terdapat banyak jenis / kultivar pisang antaranya pisang berangan, pisang mas, pisang cavendish, pisang embun, pisang rastali, pisang lang, pisang nipah, pisang raja, pisang nagka dan pisang awak.

setakat ini dulu pengenalan pokok pisang next saya akan menulis apakah ciri-ciri setiap jenis pisang yang saya sebutkan tadi dan seterusnya keperluan asas tanaman pisang sehingga ia mengeluarkan buah.

Terima kasih kerana sudi membaca.










Tuesday, 26 March 2024

TISU KULTUR APA KEBAIKAN




TISU KULTUR

APA YANG DIMAKSUDKAN TISU KULTUR?
KENAPA TISU KULTUR?
MENGAPA TISU KULTUR?
KELEBIHAN TISU KULTUR DENGAN BAHAN TANAMAN LAIN
KESESUAIAN TISU KULTUR
Bahan tanaman pisang tisu kultur. Tisu kulture merupakan proses pembenihan bahan tanaman untuk

Jom Bertani!!!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Indahnya bertani. Mendapat hasil yang selamat dari usaha mengikut keperluan keluarga. Hasil tanaman yang terjamin selamat untuk keluarga tersayang dan mengikut jenis tanaman yang disukai.

antara hasil yang dikeluarkan sendiri dirumah


Apa maksud FERTIGASI..?



Ramai telah maklum berkaitan fertigasi. Dimana fertigasi ini merupakan sistem yang digunakan untuk menanam pokok. Fertigasi ditakrifkan sebagai kaedah penanaman dimana pemberian baja diberi berbentuk larutan ke kawasan sistem perakaran pokok menggunakan sistem yang sama dengan sistem pengairan.

 Ia bermaksud saluran yang disediakan digunakan untuk sistem pengairan dan baja berbentuk larutan juga dibekalkan akan disalurkan dengan sistem yang sama.


Perkataan Fertigasi merupakan perkataan yang digabungkan daripada perkataan fertigation dan kimigasi. Fertigation adalah perkataan yang berasal dari pecahan perkataan fertilizer (baja) dan irrigation (pengairan). Manakala kimigasi merupakan kaedah yang menggunakan bahan kimia melalui sistem pengairan.