Monday, 1 April 2019

JENIS PISANG

JENIS  PISANG

Pokok pisang mempunyai helaian daun dihujung batang palsu dengan susunan seludang yang teguh. Daun muda  atau dipanggil pucuk akan bermula pada batang palsu iaitu di primodia umbisi pisang. Daun pisang yang tumbuh akan melebar dan melampai. Bila keadaan angin bertiup kencang daun pisang mudah koyak. Kebiasaannya daun pisang berukuran rentas 50cm lebar manakala panjang daunnya 2 meter. Sebelum pokok pisang mengeluarkan jantung bilangan daun dianggarkan sebanyak 40-70 helai. Diperingkat matang pokok pisang akan mempunyai 10-15 helai daun hijau. Kultivar atau jenis pisang boleh dilihat pada rupa bentuk pelepah daun dan helaian daun pada pokok pisang.

Pokok pisang yang matang akan mengeluarkan primodia jambak bunga berbentuk spika majmuk yang dihasilkan dari hujung batang palsu.Susunan bunga pisang berbentuk bertingkat diruas tandan. Dimana setiap kelompok bunga ditutupi oleh braktea besar berwarna kemerah tua kekadang berdebu. Tandan buah pisang akan mengeluarkan bunga betina dan dihujungnya pula bunga jantan.Apabila bunga mengorak terdapat serangga seperti rama-rama yang datang disebabkan bau yang sangat menarik.  Pembentukan buah pisang adalah partenokarpa.

BUAH
Buah pisang terbentuk tanpa pendebungaan atau dikenali sebagai partenokarpa. Pembentukan buah akan terbentuk dalam tandan. Manakala tandan pisang mempunyai beberapa sisir  buah pisang yang dikenali juga jejari pisang. Bentuk buah dan saiz buah pisang berbeza antara jenis atau kultivar pisang.

KULTIVAR PISANG

Pisang berangan
Pisang Berangan biasanya dimakan segar. kebiasaanya berat tandan pisang berangan iaitu 12-22 kg setandan. Manakala setiap tandannya mempunyai 8-12 sisir. Setiap sisir akan ada 12-20 jejari atau  buah pisang. kebanyakannya jejari atau buah pisang berukuran 12-18 cm panjang dan bergaris pusat 2.5-3.5 cm. Saiz buahnya sederhana besar, berwarna kuning oren dan manis rasanya.

Pisang Mas
Berat tandannya kebiasaannya kurang 12 kg. Setiap tandan pisang mas dianggarkan mempunyai 5-9 sisir manakala setiap sisir akan mempunyai 14-18 jejari atau buah pisang. pisang ini dipanggil pisang mas kerana warnanya kuning keemasan sungguh menarik dan sangat manis rasanya.


Pisang Embun
Pisang embun biasanya dimakan segar. Dalam satu tandan pisang embun dianggarkan beratnya 20-40 kg, disetiap tandan mempunyai sisir diantara 10-25 sisir dan manakala disetiap mempunyai 14-25 jejari atau biji buah pisang. Ukuran jejari buah pisang embun dianggarkan 15-20 cm dan ukuran rentas atau garis pusat buah pisang diantara 3.5-40 cm. Buah pisang mempunyai kulit yang licin dan kekuningan apabila masak. Manakala rasanya manis dan akan mengelaurkan  bau yang wangi.

Pisang nangka
Isi pisang berwarna krim putih berstruktur halus dan lembut. Manakala rasa buahnya agak masam sedikit. Buah pisang sesuai untuk dimasak seperti pisang goreng dan pengat pisang. Anggaran setandan beratnya 15- 25 kg dan mempunyai 6-8 sisir . Jejari atau buah pisang dianggarkan 15- 25 biji.

Pisang Cavendish
Kulit buah pisang agak tebal dan mudah ditanggalkan daripada jejari atau buah pisang. Kulit buah pisang berwarna kuning manakala isinya berwarna putih pekat, bertekstur halus dan lembut, berbau wangi dan manis rasanya.







No comments:

Post a Comment