Ikan merupakan komoditi pertanian yang cepat rosak dalam keadaan segar. Bagi memastikan hasilan komoditi ini lebih tahan lama proses penambahbaikan untuk mengawetkannya perlu dilakukan. Antara proses yang murah dan mudah iaitu proses pekasam. Proses ini adalah proses penapaian ikan dengan tambahan karbohidrat. Dimana, dalam proses pemeraman boleh dicampurkan dengan perencah dan ramuan yang dikehendaki. Bahan asas yang biasa digunakan iaitu garam, asam jawa @ asam keping dan beras goreng.
Kebiasaannya ikan air tawar merupakan ikan yang banyak digunakan. antara ikan yang dijadikan ikan pekasan iaitu ikan sepat, puyu, loma, lampam, mata merah,terbul,tempras,mengkawan, kepar, kaloi, belida dan talapia. Ada juga ikan air payau digunakan seperti ikan gelama dan ikan cencaru.
BAGAIMANA PROSES MEMBUAT IKAN PEKASAM?
Untuk membuat ikan pekasam pada mulanya anda perlu dapatkan ikan bersaiz sekurang-kurangnya 100g/ ekor. Seterusnya buangkan sisik dan isi perut ikan seterusnya cuci dengan air bersih dan toskan. Sebelum proses seterusnya sediakan bahan terlebih dahulu, bahan-bahannya iaitu asam keping, gula merah, beras goreng, ramuan yang anda kehendaki dan gaulkan sehingga sempurna. Pastikan air garam yang diberikan tidak kurang 30 % dan seterusnya simpan dalam bekas. Proses pemeraman diantara 2-3 minggu.
Bagi memastikan ikan pekasam sedap, pastikan kandungan dan seimbang kandungan bahan yang disediakan mengikut peratusan yang dicadangkan. kadaran ikan dengan bahan adalah kandungan garam 30%, Asam keping 0.5%, gula merah 1.5% dan beras goreng 25%.
Selamat mencuba..

No comments:
Post a Comment